Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
KURSUS LATIHAN PADA 26, 27 dan 28 OGOS AKAN DITUNDA
Dimaklumkan bahawa kursus latihan Sebutharga Tender QT CBT untuk PTJ yang
dijadualkan pada 26hb, 27hb dan 28hb Ogos di Pusat Latihan ePerolehan Shah Alam
ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
Segala kesulitan adalah amat dikesali. Terima Kasih.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. akan menempatkan Kaunter ePerolehan Centre di Bangunan Persekutuan, Tingkat Bawah, Jalan Anson, 10300 Pulau Pinang mulai 2hb September 2008 bagi memberi perkhidmatan secara langsung kepada pembekal-pembekal di negeri Pulau Pinang. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
JEMPUTAN KE SESI TAKLIMAT SISTEM ePEROLEHAN BAGI PEMBEKAL TERENGGANU PADA 26 / 27 OGOS 2008
Sistem ePerolehan telah mula digunapakai secara meluas oleh Kementerian / Agensi Kerajaan Persekutuan bagi tujuan perolehan bekalan dan perkhidmatan kerajaan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan bersama Commerce Dot Com Sdn. Bhd. (CDCSB) akan menganjurkan sesi taklimat mengenai sistem ePerolehan kepada para pembekal di negeri Terengganu bagi tujuan pendedahan dan pemahaman untuk memantapkan lagi pelaksanaan sistem ePerolehan di kalangan pembekal. Butiran taklimat adalah seperti di bawah:-
Tarikh: 26 ATAU 27 Ogos 2008 (Selasa ATAU Rabu)
Masa: 9:00 Pagi – 1:00 Petang
Tempat: Dewan Besar
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu
Kawasan Perindustrian Gong Badak
21300 Kuala Terengganu
Terengganu
Tuan / Puan dijemput hadir ke salah satu sesi taklimat di atas. Aturcara Taklimat boleh didapati di Lampiran A dan Tuan / Puan dikehendaki mengemukakan Maklumbalas Pengesahan Kehadiran melalui Lampiran B selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2008 (Rabu). Sila klik di bawah untuk mendapatkan lampiran tersebut.
Di samping itu, Kaunter Perkhidmatan mengenai sistem ePerolehan akan disediakan untuk kemudahan Tuan / Puan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang pada kedua-dua hari tersebut di lokasi yang sama.
Tuan / Puan boleh mendapatkan perkhidmatan seperti:
Pembayaran produk / perkhidmatan ePerolehan
Pembolehan (Permohonan Medium Akses ePerolehan: Kad MyeP / ePXS USB Crypto Token / Pembaca Kad Pintar, Permohonan Langganan Ruang Katalog & Latihan ePerolehan)
Khidmat nasihat / rundingan mengenai produk / perkhidmatan atau tatacara transaksi ePerolehan
Menyemak status permohonan Lesen Kem. Kewangan
Penghantaran Dokumen Sokongan Permohonan Pendaftaran Lesen Kem. Kewangan
TPromosi Notifikasi Percuma Tender2u selama 1 Bulan (Tarikh Efektif: 1 September 2008 - 30 September 2008)
Kehadiran Tuan / Puan ke sesi taklimat dan kaunter perkhidmatan ini amat dialu-alukan dan dihargai.
Sila hubungi Khidmat Bantuan ePerolehan di talian 03-7985 7777 atau emel bantuan@commercedc.com.my bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.
Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
NOTIS KENYATAAN eBIDDING
Adalah di maklumkan bahawa Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia mempelawa syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan masih sah tempohnya di bawah pecahan kepala 210101, 210102, 210103, 210105 dan 040200; bertaraf Bumiputera; beralamat pendaftaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Wilayah Persekutuan Putrajaya/Selangor; dan mempunyai modal berbayar minimum RM1.5 juta pada tarikh 12 Ogos 2008 bagi perolehan Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji Dan Melancar Perkakasan ICT untuk Bahagian Pinjaman Perumahan. Tarikh tutup mengemukakan tawaran awal eBidding ini ialah pada 11hb September 2008 (khamis) jam 12.00 tengahari . Untuk maklumat selanjutnya sila rujuk lampiran di bawah:
Senarai Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang dikembalikan oleh Poslaju National Courier - Batch 4
Syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam lampiran di bawah di minta menuntut sijil tersebut dalam masa 90 hari mulai hari ini 28 Julai 2008.
Sila klik di bawah untuk melihat senarai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pendaftaran ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
PEMBAYARAN ATAS TALIAN MELALUI MAYBANK2U.COM.MY
Berita baik kepada pengguna Pembekal ePerolehan! Pembekal yang mempunyai akaun Maybank boleh membuat bayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. melalui perkhidmatan atas talian Maybank2u.com.my secara tunai dan kad kredit.
Jenis pembayaran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. :-
Pembayaran Permohonan Lesen Kementerian Kewangan
Pembayaran Medium Akses eP
Pembayaran Perkhidmatan Latihan eP
Pembayaran Langganan Ruang Katalog
Pembayaran Langganan Notifikasi Tender2U
NOTIS PERTUKARAN DOMAIN PORTAL eP
Berikutan daripada pertukaran domain portal ePerolehan daripada www.eperolehan.com.my kepada www.eperolehan.gov.my, semua agensi yang menggunakan talian EG*Net dikehendaki mengambil langkah-langkah mengemaskini fail hosts.txt.
Untuk sementara waktu capaian menggunakan www.eperolehan.com.my masih dibolehkan. Sekian dimaklumkan dan segala kesulitan adalah amat dikesali.
Arkib Notis : 1. Tuntutan Sijil Pendaftaran Dikembalikan. Selanjutnya... 2. Pembayaran Pendaftaran Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 3. Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi, selanjutnya... 4. Mini eP Shoppe baru. Selanjutnya... 5. Sesi Tunjuk Ajar Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Selanjutnya... 6. Makluman Kepada Pembekal di Sabah dan Sarawak. Selanjutnya... 7. Syarat pembekal untuk menjadi ePerolehan Diperboleh, Selanjutnya... 8. Pertukaran domain portal ePerolehan, Selanjutnya... 9. Permohonan Medium Akses eP dihentikan, Selanjutnya... 10. Pelaksanaan Jabatan Mengakaun Sendiri untuk KKDN, Selanjutnya... 11. Kaunter perkhidmatan eP di SSM, Selanjutnya... 12. Maklumat bayaran kredit terus melalui Maybank, Selanjutnya...
Hubungi kami:
Alamat:
Kaunter Perkhidmatan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Satu, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.