Khamis, 08 Januari 2009
Cari
Laman Utama Glosari   Cari   Hubungi Kami Peta Laman Aktiviti eP
English
Bahasa Melayu
 






Untuk Pengguna
Agensi Kerajaan
» Tatacara Akhir Tahun
» Pertanyaan Maklumat Pendaftaran Pembekal
» Maklumat Berkaitan
» Surat Pekeliling

 Pautan
» Kementerian Kewangan
» Commerce Dot Com
» eCat
» MAMPU
» Tender2U
» Unit ePerolehan
» eKL
» myGovernment

Penafian: Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
   


 
Kaunter Perkhidmatan ePerolehan & Pusat ePerolehan

Pusat ePerolehan Pihak kami telah menubuhkan tiga buah Kaunter Perkhidmatan ePerolehan berlokasi di kompleks Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di Putrajaya, Sabah dan Sarawak.

Selain daripada penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan, pihak kami juga turut menubuhkan Pusat ePerolehan di Petaling Jaya.

Objektif penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan Pusat ePerolehan adalah sebagai usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami serta bagi membantu para pembekal untuk berurusan dengan pihak Kerajaan melalui transaksi perolehan barangan dan perkhidmatan Kerajaan melalui sistem ePerolehan. Ianya juga adalah bagi menampung keperluan pendaftaran semasa, berikutan kepada peningkatan bilangan pendaftaran pembekal di seluruh negara.

Dengan penubuhan Kaunter Perkhidmatan ePerolehan dan Pusat ePerolehan, pihak kami yakin dapat memberikan perkhidmatan-perkhidmatan dengan lebih efisien, iaitu sejajar dengan arahan Perbendaharaan untuk memansuhkan urusan bekalan barangan dan perkhidmatan secara manual:

  • memberi panduan dan bantuan kepada para pembekal yang memerlukan kemudahan infrastruktur bagi mengakses ePerolehan
  • memberi bantuan mengenai isu-isu pendaftaran pembekal dan bagi memberi maklumat terkini mengenai sistem ePerolehan
  • memberi khidmat nasihat dan rundingan mengenai langkah-langkah untuk menjadi pembekal enabled
  • memberi penjelasan dan bantuan bagi membolehkan pembekal berurusan dengan pihak Kerajaan secara atas talian


Perkhidmatan dan Kadar Bayaran
Lokasi:
Soalan-soalan Lazim (FAQ)