Capaian Orang Kurang Upaya (OKU)

Portal ePerolehan menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;
Dapatkan IE Page Reader di sini.

  1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
  2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine . Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

B) Pengguna warga tua;
Bagi pengguna warga tua, Portal ePerolehan ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal ePerolehan. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

C) Suara Latar Teks/SLT (Voice Over Text)
Portal ePerolehan kini dilengkapi dengan ciri SLT di dalam Bahasa Inggeris. Ia merupakan penambahbaikkan W3C berbentuk suara bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk melayari dan mencapai maklumat utama di Portal ePerolehan. Suara latar teks/SLT tersebut dipaparkan di ruangan bawah setiap halaman isi kandungan ePerolehan.

Telah dikemaskinikan pada Isn, 29 Feb 2016 07:46:18 +0800