Pengumuman Pengumuman

Back

Garis Panduan Agensi Untuk Persediaan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem ePerolehan Baharu

Dimaklumkan bahawa Sistem ePerolehan (eP) Baharu akan beroperasi bagi menggantikan Sistem eP sedia ada mulai 1 Januari 2018. Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding Kerajaan Persekutuan hendaklah dilaksanakan secara atas talian sepenuhnya menggunakan Sistem eP Baharu mulai tarikh tersebut.

Semua Agensi diminta mengambil langkah-langkah persediaan dan perancangan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Sistem eP Baharu ini berjalan lancar apabila ia beroperasi kelak.

Surat Persediaan PTJ Ke arah Pelaksanaan Sistem ePerolehan Baharu.

Sila muat turun Garis Panduan Agensi Untuk Persediaan Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Melalui Sistem eP Baharu di sini.