Kerajaan Elektronik

Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi.

Kerajaan Elektronik akan memperbaiki operasi dalaman Kerajaan dan juga perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia.

Ia bertujuan untuk meningkatkan keselesaan, pencapaian dan kualiti dalam interaksi bersama orang ramai dan juga syarikat perniagaan; secara langsung ia akan memperbaiki aliran maklumat dan proses-proses di dalam Kerajaan untuk meningkatkan kepantasan dan kualiti pembangunan, penyelarasan dan penguatkuasaan polisi.

Menyedari potensi ekonomi elektronik sedunia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu aplikasi perolehan elektronik menerusi aplikasi perdana Kerajaan Elektronik MSC.

Telah dikemaskinikan pada Wed, 06 Apr 2016 05:22:32 +0800