Panduan Pembayaran

Bayaran boleh dibuat dengan kaedah-kaedah tersebut:

NOTA:
*Semua bayaran mestilah dibayar sepenuhnya kepadaCommerce Dot Com Sdn. Bhd.
*Bagi pembayaran yang menggunakan cek luar kawasan, sila tambah jumlah bayaran dengan mengambil kira bayaran komisyen sebanyak 0.03% daripada jumlah bayaran atau RM0.50 yang mana lebih tinggi.

  • Perbankan atas talian melalui Maybank2u.com.my
  • Pembayaran kad kredit melalui Maybank2u.com.my
  • Pembayaran kredit terus di cawangan Maybank
  • Pembayaran kad kredit (Visa/Master) di ePerolehan Centre
  • Pembayaran melalui mel - cek, kiriman wang, kiriman pos, draf bank

* Bayaran melalui mesin deposit cek/tunai adalah tidak dibenarkan.

 

Panduan Pembayaran

Pilih tab di bawah:

Pembayaran kredit terus di cawangan Maybank

Dalam usaha kami bagi mempertingkatkan perkhidmatan ePerolehan, cara pembayaran yang mudah iaitu "kredit terus" melalui Maybank Berhad ("Maybank") telah diperkenalkan. Untuk memastikan pembayaran anda diproses dengan cepat:

  1. Buat pembayaran di mana-mana cawangan Maybank kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.

  2. Isikan slip simpanan seperti contoh di bawah.

  3. Isikan nombor akaun Commerce Dot Com Sdn Bhd 562142800978 di atas slip simpanan.

  4. Semak cetakan nombor pendaftaran Kementerian Kewangan di atas slip simpanan selepas pegawai bank memproses dan mengesahkannya. Sila beritahu pekerja bank sekiranya tiada cetakan nombor pendaftaran di atas slip simpanan.Jangan lupa untuk menyimpan slip simpanan sebagai bukti bayaran.

  5. Bagi pembayaran yang menggunakan cek luar kawasan, sila tambah jumlah bayaran dengan mengambil kira bayaran komisyen sebanyak 0.03% daripada jumlah bayaran atau RM0.50 yang mana lebih tinggi.

  6. Sila ambil maklum bahawa Sijil Pendaftaran hanya dikeluarkan apabila nombor yang dicetak pada slip pengesahan adalah betul.

  7. Anda hendaklah membuat bayaran sebaik sahaja permohonan diluluskan.

  8. Sila email kan bukti bayaran kepada bantuan@eperolehan.gov.my  atau fax kepada 03 - 7787 1001. Hubungi khidmat pelanggan di 03-7985 7777 bagi mengesahkan bukti pembayaran tersebut telah diterima.

  9. Pembayaran tersebut akan dijelaskan dalam tempoh 3 hingga 7 hari waktu bekerja.

PENTING: Jangan lupa untuk menyimpan salinan slip simpanan sebagai bukti bayaran.

» Klik untuk imeg yang lebih besar

NOTES:
*Semua bayaran mestilah dibayar sepenuhnya kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd
*Bagi pembayaran yang menggunakan cek luar kawasan, sila tambah jumlah bayaran dengan mengambil kira bayaran komisyen sebanyak 0.03% daripada jumlah bayaran atau RM0.50 yang mana lebih tinggi.

 
 
 
Telah dikemaskinikan pada Mon, 20 Jun 2016 10:29:38 +0800