Sistem ePerolehan

ePerolehan adalah sistem perolehan yang menggunakan persekitaran atas talian yang selamat untuk membolehkan Agensi Kerajaan dan pembekal membuat perolehan secara cekap dan telus.

Sistem ePerolehan merangkumi kesemua jenis perolehan Kerajaan. Modul-modul ePerolehan adalah seperti berikut:

Pendaftaran Pembekal
Kontrak Pusat
Kontrak Kementerian
Pembelian Terus
Sebutharga
Tender
eBidding

  • Kontrak Pusat

Untuk ePerolehan yang melibatkan kontrak bekalan yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh yang ditetapkan

  • Kontrak Kementerian

Untuk perolehan yang melibatkan kontrak bekalan barang yang spesifik kepada pembekal terpilih yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh yang ditetapkan

  • Pembelian Terus
      • Untuk perolehan bekalan  produk dan perkhidmatan yang bernilai tidak melebihi RM20,000
      • Kajian pasaran menerusi katalog bekalan  produk dan perkhidmatan secara atas talian
      • Pemeriksaaan peruntukan dan kelulusan secara atas talian
  • Pendaftaran Pembekal/Perunding
      • Portal utama yang membolehkan pembekal mendaftar dengan Kementerian Kewangan
      • Sistem Pendaftaran Pembekal yang merangkumi aktiviti:
        • Pendaftaran baharu
        • Pembaharuan;
        • Kemas kini profil; dan
        • Permohonan status  Bumiputera
  • Sebut Harga
      • Untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM20,000 sehingga RM500,000
      • Tawaran dan penilaian secara atas talian
  • eBidding
      • Modul perolehan berkonsepkan 'Electronic Reverse Auction' (ERA) yang membolehkan pembekal bersaing secara interaktif
      • Menggalakkan penjimatan kepada pihak Kerajaan kerana harga adalah berdasarkan kepada harga pasaran sebenar
  • Tender
      • Untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000
      • Tawaran pembekal dan penilaian secara atas talian

» Klik sini untuk Langkah-langkah Pembolehan (ePerolehan Enablement)

Telah dikemaskinikan pada Wed, 22 Feb 2017 16:32:21 +0800