Soalan Lazim - Kerajaan

S1. DOKUMEN TIDAK DIPAPARKAN DI SKRIN BULETIN TINDAKAN PENGGUNA

Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
Kategori Ralat : Ralat DataPunca : Data tidak dimuat naik ke sistem
Resolusi : Dokumen akan dimuat naik ke skrin Buletin Tindakan Pengguna berkenaan
Jangkaan Resolusi : 3 Hari Bekerja
Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-
  1. LO terbatal secara automatik : LO tersebut tidak akan dipaparkan di Buletin Tindakan Pengguna.
  2. Kesilapan Pengguna : Pengguna tidak tahu status sebenar permintaan.
  3. Profil Pengguna : Pengguna mempunyai 2 profil di PMS (Profile Management System); menyebabkan permintaan disenaraikan di profil yang mempunyai nombor kad pengenalan yang salah.

S2. PENGGILIRAN KELULUSAN PERMINTAAN/NOTA PELAKSANAAN PERKHIDMATAN GAGAL DENGAN
ALASAN : RALAT SPB 1007 KOMITMEN BUKU VOT TIDAK DIKEMBALIKAN


Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Sistem ePerolehan tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam tempoh 2 minit semasa
proses Komitmen Buku VOT(Penggiliran Kelulusan).
Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan.


S3. PESANAN PEMBELIAN TERBATAL SECARA AUTOMATIK

Produk : GOF (Generic Order Fulfillment)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca :
  1. Sistem ePerolehan menjana nombor LO secara automatik semasa proses penggiliran kelulusan permintaan tetapi LO tersebut akan terbatal secara automatik jika eP tidak menerima maklumbalas dari eSPKB dalam masa 2 minit (SPB 1007).
    Resolusi : Pelulus perlu meluluskan semula permintaan. Sistem akan menjana nombor LO yang baru apabila Pelulus meluluskan semula permintaan tersebut.
     
  2. Pelulus menolak permintaan yang penggiliran kelulusan telah gagal sebelumnya, mengakibatkan LO yang dijana secara automatik terbatal.
    Resolusi : Pengguna perlu mencipta semula permintaan dari awal.

S4. PENGGILIRAN KELULUSAN PERMINTAAN/NOTA PELAKSANAAN PERKHIDMATAN GAGAL DENGAN
ALASAN : RALAT DI eSPKB. PERUNTUKAN TIDAK MENCUKUPI


Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Peruntukan dikesan oleh sistem eSPKB tidak mencukupi bagi item di dalam permintaan.
Resolusi : Pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel helpdeskegag@anm.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai bajet jabatan kerajaan.
Kebarangkalian Lain Punca Permasalahan :-
  1. Kesilapan Pengguna : Pengguna menggunakan Kod Aktiviti yang salah bagi item semasa proses penciptaan permintaan.

S5. PENGGILIRAN PADANAN BAYARAN GAGAL DENGAN ALASAN : PESANAN KERAJAAN TELAH DIBATALKAN ATAU TIDAK DIJUMPAI

Produk : SPB (eSPKB)
Kategori Ralat : Lain-lain
Punca:
  1. Pesanan Tempatan (PT) telah ditolak/dibatalkan di sistem eSPKB. LO tidak dibatalkan di eP kerana status masih Menunggu Padanan Pembayaran/Penggiliran Padanan Pembayaran Gagal.
    Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP. Jika masalah masih berlaku, pengguna perlu menghubungi eGAG Helpdesk di talian 03-8882 1455 atau e-mel helpdeskegag@anm.gov.my untuk penyelesaian selanjutnya.
  2. Pelulus telah membatalkan penggiliran kelulusan permintaan dan meneruskan dengan semakan peruntukan secara manual sehingga ke peringkat padanan pembayaran.
    Resolusi : Pengguna perlu memasukkan semula data di PT di sistem eSPKB dan kemudian memadankan semula LO di sistem eP.

S6. RALAT PENANDAAN TIDAK SAH

Produk : CRD (Smart Card)
Kategori Ralat : Pemberitahuan
Punca : Kad pintar tidak aktif kerana kad pintar yang digunakan telah tamat tarikh luput.
Resolusi : Pengguna perlu membuat permohonan medium token melalui Sub Admin (SA) atau Authorised Personel (AP) di Kementerian/Jabatan masing-masing melalui portal MAMPU iaituhttp://gpki.mampu.gov.my

Telah dikemaskinikan pada Wed, 22 Feb 2017 16:22:47 +0800